Tuesday, November 29, 2016

Date Me - Bab 9 (versi manuskrip)


“Motor you ke?” tanya Kaysa Adara, memulakan perbualan sementara menunggu makanan yang mereka pesan tiba.

Ed hanya menganggukkan kepalanya.

“Cantik,” komen Kaysa Adara sepatah.

Suasana kembali sepi.

Kaysa Adara meliarkan mata ke sekeliling. Cuba menghilangkan rasa janggal yang bertapa di hati. Bila Ed buka mulut, dia sakit hati. Menyampah. Bila Ed diam, dia rasa sunyi pula. Janggal.

“Kaysa…”

Terus Kaysa Adara menghalakan pandangan ke arah Ed bila lelaki itu memanggilnya. Sama seperti dulu, dadanya berdebar sewaktu Ed menuturkan namanya. Dia menelan liur. Ed dipandang, menanti bicara yang seterusnya tetapi lelaki itu hanya membisu.

Ed merenung Kaysa Adara yang kelihatan ayu berselendang corak hitam dan putih. Bibir tertutup rapat. Hati mula berbicara.

Maafkan I. I perlukan tangga untuk dapatkan apa yang I nak dan you tangga yang sesuai untuk I.

“You nak cakap apa?” soal Kaysa Adara.

Ed bersihkan tekak.

“Date me.”                         

“A…a… apa... dia?” soal Kaysa Adara dengan nada yang terketar-ketar bersama mata yang terkebil-kebil.

Ed tidak beriak. Kelihatan tenang. Reaksi Kaysa Adara sudah dia jangka.

“Let’s date. I nak you jadi girlfriend I.”

Kaysa Adara telan liur. Bulat matanya memandang Ed.

“Jadi girlfriend you?”

Ed angguk.

Kaysa Adara diam seketika. Cuba mencari logik kenapa lelaki di hadapannya tiba-tiba melamarnya.

“Maksud you… fake girlfriend ke?” tebak Kaysa Adara. Ini sahaja logik yang dia jumpa.

“Nope.”

“So, you serius nak jadikan I girlfriend you?”

“Yeah.”

“Tapi kenapa? Bukan you cakap you’re not interested in love ke?”

“I want to give it a try. Lagipun you suka I kan?”

Kaysa Adara menggelengkan kepalanya. Sekali lagi menafikan.

Ed senyum senget. Senyum penuh makna. Terus dia dekatkan wajahnya dengan Kaysa Adara. Merenung ke dalam mata gadis itu untuk sepuluh saat sebelum dia melarikan pandangan ke arah lain.

“Macam mana? Ada dengar lagu tu?”

Kaysa Adara yang bagaikan dipukau dengan renungan Ed, terpinga-pinga. Lagu? Lagu apa? Oh… lagu Korea tu. Tapi macam mana Ed tahu?

Gadis itu mendengus apabila teringat yang Syaz selalu berbalas mesej dengan Yusri sejak kejadian di Subang Parade. Kononnya nak kenennya Yara dengan Yusri memandangkan Yusri berminat untuk berkenalan dengan Yara. Pasti Syaz yang beritahu Yusri pasal lagu tu. Yusri pula beritahu Ed.

“Let’s give it a try. Lagipun you tak pernah bercinta kan sebelum ni? I sudi jadi pengalaman you.”

Hah! Yang ni pun Syaz beritahu? Hesy, geram pula Kaysa Adara dengan mulut becok Syaz.

“I tahu you terkejut. You tak perlu bagi jawapan sekarang. Nanti-nanti pun boleh. Tapi I tahu you tak akan tolak proposal I.”

“Oh, really? How sure are you?” tanya Kaysa Adara.

Tangan disilangkan ke dada. Debaran yang disebabkan renungan Ed sebentar tadi sudah berjaya dikawal.

“100% sure.”

“Boleh I tahu kenapa you sure sangat?”

“You WhatsApp I sebab you suka I, sebab you nak tackle I. Now, I nak date you. You tak perlu buang masa untuk tackle I. I dah serah diri I pada you.”

Kaysa Adara mendiamkan diri seketika.

“Pelik. Apa yang you dapat? You bukannya suka I.”

“Sebab tu I cakap let’s give it a try. Tak salah kan?”

Kaysa Adara kembali mendiamkan diri.

“Tenth date.”

“Hah?”

“Let’s go on a date for ten times.”

“Game apa yang you main ni?”

“No. It’s not a game. I serius.”

“Lepas date kita yang kesepuluh, you dengan I macam mana?”

“Kalau kita serasi, kita boleh teruskan. Kalau tak, kita boleh buat hal masing-masing. And in case you terjatuh hati dengan lelaki lain sebelum date kita yang kesepuluh, I boleh tarik diri.”

“Kalau you jatuh cinta dengan perempuan lain?”

“Itu tak akan terjadi,” balas Ed. Yakin.

Kaysa Adara mencebik.

“Oh ya… I lupa yang you ni seorang lelaki yang tak berminat untuk bercinta. TAPI…”

Perkataan ‘tapi’ ditekankan dan gadis itu berjeda seketika.

“Tapi tapi tapi...  sekarang ni, you nak cuba bercinta dengan I. Macam tu?”

Ed menganggukkan kepala. Dalam masa yang sama, seorang pelayan menghampiri meja bersama pesanan mereka. Perbualan mereka terhenti seketika.

“Okey,” kata Kaysa Adara setelah pelayan tadi meninggalkan mereka.

Kening Ed terangkat sedikit. Kurang jelas dengan bicara Kaysa Adara.

Kaysa Adara memandang Ed. Senyuman diukirkan.

“Okey. Let’s date.”

Ed tersenyum menang.

“Cepatnya buat keputusan.”

“I tak suka buang masa.”

“Good. Jom makan. I’ll treat you dinner next time. On our first date.”

“Yang ni tak boleh dikira date?”

Ed menggelengkan kepala.

Kaysa Adara melemparkan senyuman sebelum menjamu selera.


Kaysa Adara dikejutkan dengan suara lantang Yara sewaktu dia baru tiba di rumah. Pelik dengan lontaran vokal Yara, gadis itu terus menghayunkan langkah ke bilik Syaz memandangkan suara yang kuat itu datang dari bilik Syaz. Bergaduhkah mereka?

“Kenapa ni?” soal Kaysa Adara ingin tahu.

Yara nampak bengang.

“Syaz ni memandai-mandai cerita pasal aku dekat Yusri. Nombor telefon aku dia bagi. Tempat kerja aku pun dia bagitahu mamat tu. Tak pasal-pasal mamat tu buat kecoh kat ofis aku.”

Kaysa Adara terus pandang wajah Syaz yang kelihatan terkejut dengan amukan Yara. Gadis itu diam tidak bersuara. Mungkin rasa bersalah. Yara tu memang jarang marah tetapi sekali Yara marah, habislah….

Melihat wajah Syaz yang macam tu, Kaysa Adara terus bersimpati. Tidak jadi nak membebel pada Syaz sebab beritahu Ed pasal dia. Tidak seperti Yara, Kaysa Adara tiada rasa nak mengamuk pun pada Syaz. Cuma nak marah untuk lepaskan geram aje. Siapa yang tak geram kan? Selamba aje Syaz beritahu Ed.

“Buat kecoh yang macam mana?” tanya Kaysa Adara, kembali memandang Yara.

“Dia datang ofis aku dengan sejambak bunga yang besar… dengan coklat. Kecohlah satu ofis aku. Semua nak tahu dia siapa.”

“Waktu kerja ke?”

“Tak. Waktu lunch. Konon nak ajak aku lunch dengan dia. Memang taklah.”

Kaysa Adara melabuhkan punggung di birai katil. Berhampiran dengan Syaz.

“Okeylah tu. Waktu lunch. Ingatkan dia datang waktu kerja. Dia nak tackle kau lah tu.”

Yara menjeling tajam ke arah Kaysa Adara.

“Yang kau pun satu Syaz… kenapa kau pandai-pandai cerita pasal Yara dekat Yusri? Pasal aku pun kau cerita dekat Ed. Aku pun bengang juga,” ucap Kaysa Adara dengan nada yang lembut. Tidak mahu mengeruhkan keadaan.

Syaz membalas pandangan Kaysa Adara.

“Sorrylah wey… Aku cuma nak satukan Yusri dengan Yara, Ed dengan kau je.”

“Niat kau tu baik tapi…”

Bicara Kaysa Adara terhenti bila Yara tiba-tiba memotong bicaranya.

“Sibuk sangat nak masuk campur hal orang padahal diri sendiri pun tak betul. Sibuk ingat orang yang dah tak ada, buat apa? Move on jelah.”

Kaysa Adara tergamam.

Berubah terus wajah Syaz. Dia menundukkan pandangannya. Terasa dengan bicara pedas Yara.

Yara mengetap bibir. Menyesal dengan bicara kasarnya. Wajahnya diraup. Sumpah, dia tak ada niat nak sakitkan hati Syaz. Tak ada niat nak cakap macam tu. Tapi dia marah sangat tadi.

“Syaz… Aku minta maaf,” ucap Yara.

Syaz masih menundukkan pandangannya. Kepala digeleng perlahan.

“Tak apa. Aku faham. Kau orang keluarlah.”

Kaysa Adara yang faham keinginan Syaz untuk bersendirian, menarik lengan Yara. Mengajak gadis itu keluar dari bilik Syaz. Pintu bilik Syaz ditutup rapat. Kemudian, dia pandang Yara.

“Kau tahu kau tak perlu cakap macam tu untuk lepaskan marah kau kan?”

Yara mendengus kecil.

“Aku terlepas cakaplah.”

“Dia kan sensitif kalau pasal Aizat. Kita pun dah janji tak nak cakap pasal Aizat lagi depan dia.”

Yara diam. Sedar dia yang salah. Hilang terus rasa marah dia pada Syaz. Diganti dengan rasa bersalah. Dia tahu Syaz masih tidak boleh melupakan Aizat. Pemergian Aizat ada kena mengena dengan Syaz dan sebab itu Syaz susah untuk menerima pemergian lelaki itu. Lelaki itu meninggal dunia ingin menyelamatkan Syaz yang hampir lemas sewaktu bermandi-manda di sungai.

“Kau cubalah pujuk dia nanti. Jangan marah dia lagi pasal Yusri.”

Yara mengangguk faham.

“Oh, by the way, I’m not single anymore.”

“Hah?”

Kaysa Adara tersenyum penuh makna sebelum meninggalkan Yara yang penuh dengan tanda tanya.



2 comments:

Anonymous said...

Okayy, I'm so ready for this novel.
Can't wait to go buy it at book store! :)

Zuera said...

Tq so much 😊