Sunday, April 3, 2016

1 Pengakuan 9 Luahan - Prolog

Prolog

Mimpi semalam masih menghantui diri Zafran. Sukar untuk dihapuskan. Sukar untuk dilupakan. Entah kenapa wajah itu sukar untuk dilenyapkan dari kotak memorinya meskipun sudah bertahun-tahun mereka berpisah. Dan mimpi semalam semakin menguatkan ingatannya pada tuan empunya wajah. Rindu? Mungkin! Kerana perasaan cinta pada gadis itu masih ada. Tidak pernah pudar dek waktu.

Usai menyegarkan tubuh, Zafran merehatkan diri di sofa panjang. Kaki dilunjurkan. Santai. Telefon pintar dicapai dan dia mula menghubungi kawan satu sekolahnya. Kawan baik.

“Hello, Wafi… Kau masih buat kerja lama kau?” soal Zafran, terus ke topik perbualan.

“Of course. Kenapa kau tanya?”

“Aku perlukan khidmat kau.”

“Khidmat aku? Kau nak aku spy siapa?” soal Wafi ingin tahu. “Oh, kejap. Aku rasa aku tahu siapa.” Nada suara Wafi mula berubah nakal.

“Siapa?”

“Dia… your past.”

Zafran tersenyum nipis. “Yup. Dia…”

“Oh man!! Dah lama aku tunggu kut… kenapa baru sekarang kau suruh aku? Nak dekat enam tahun dah wei. Berjanggut aku tunggu kau,” seloroh Wafi.

“Kau tunggu aku? Oh… kau dah lama expect aku akan minta tolong kau?” Nada suara Zafran kedengaran terkejut.

“Mestilah! Aku dah lama agak. Aku dah lama kenal kau Zaf. Benda ni semua bukannya beyond my expectation.” Wafi melepaskan tawa nakal.

Zafran ikut tergelak sama. “Tapi Wafi… aku nak kau rahsiakan hal ni. Tak ada siapa boleh tahu. Terutama sekali Haris.”

“Okay. No hal! Kau boleh percaya aku. Jangan risau.” Wafi berjeda. Membersihkan tekak. “Well, Zaf… kau kena tau prinsip aku. Kalau klien suruh aku cari seseorang, aku tak akan tanya soalan yang tak relevan ataupun bersifat peribadi. Aku profesional.”

“Ha, baguslah kalau macam tu. Aku tahu kau profesional, so aku yakin kau tak akan tanya soalan-soalan yang tak relevan.”

“Tapi…” Beria-ia Wafi menekankan suaranya. “Tapi kau tu member aku dan sebagai member kau, aku nak tanya sesuatu. Atau mungkin lebih daripada sesuatu.”

Zafran mencemik. “Ceh, kata profesional!” kutuk Zafran.

“Hesy, kau faham ke tak apa yang aku cakap. Aku tak tanya kau as your PI (private investigator) tapi as your friend. Good friend. Best friend. Close friend. Ha, aku kena speaking London baru kau faham kan,” seloroh Wafi geram.

Terlepas tawa Zafran. “Yelah, apa kau nak tanya?”

“Kenapa lambat sangat kau suruh aku cari dia? Kenapa sekarang? Kenapa tiba-tiba kau nak cari dia setelah bertahun-tahun kau tak ambil kisah pasal dia? Kau rindukan dia ke? Masih ingatkan dia?”

“Amboi! Lepas dapat lesen, terus kau tembak aku bertalu-talu,” perli Zafran.

Wafi terkekek ketawa.

“Aku tak nak jawab soalan kau.”

“Oh okay. Faham.” Mudah sungguh Wafi menerima respon daripada Zafran.

“Baguslah kalau faham.”

“Of course aku  faham. Faham sangat yang kau rindukan dia. Tak boleh nak lupakan dia.” Dengan selamba Wafi membuat kesimpulan sendiri.

Zafran ketap bibir. Hisy, si Wafi ni… kalau ada depan mata, dah lama aku debik, gumam Zafran.

“Kalau aku dapat cari dia, apa yang kau nak buat? Jumpa dia?” teka Wafi bersahaja.

“Tak. Aku tak akan jumpa dia.” Laju Zafran memberikan jawapan. Yakin. Tidak teragak-agak.

“Lah… kenapa pulak? Jumpa jelah. Apa salahnya?”

Zafran menelan liur. “Okaylah Wafi… Aku cau dulu. Ada kerja nak buat. Nanti whatsapp aku harga kau. Thanks kawan.”

“Alasan. Ada kerja konon. Nak larikan diri dari soalan maut aku la tue,” bebel Wafi di hujung talian.

Zafran hanya melepaskan tawa. Tidak memberi sebarang komen.

“Okaylah. Nanti aku tolong cari dia. Pasal harga, jangan risau. Aku bagi kau harga special.”

“Tak payah special sangat. Charge macam biasa jelah.”

Wafi melepaskan gelak sebelum mematikan talian. Zafran senyum nipis dek kerana gelakan Wafi. Nafas ditarik dalam lalu dihela perlahan-lahan. Hatinya berasa sedikit lega.

Sebab dia benci aku, ucap Zafran dalam hati. Menjawab pertanyaan Wafi yang dibiarkan sepi sebentar tadi. Dia sedar siapa dirinya di mata gadis itu dan dia masih ingat kata-kata gadis itu kepadanya.

“Jangan berani muncul depan aku. Aku tak mahu jumpa kau lagi. Aku benci tengok kau. Aku benci kau, pembunuh!”

Pembunuh! Senyuman sinis terukir di bibir Zafran. Ya, aku pembunuh di mata gadis itu, ucap Zafran dalam hati. Wajahnya diraup perlahan.



4 comments:

Syaza Raihanah said...

Wah, bestlah kak Zuera. Tak sabar nak tunggu next chapter. Nak tau apa yg jadi sebenarnya. Hehe

Zuera said...

Tq syaza... tunggu esok yer for next entry

ashirakamaruddin said...

all the best zuera ��

Umie Yana said...

macam menarik jee.. kena baca ni