Monday, April 11, 2016

1 Pengakuan 9 Luahan - Bab 8

Bab 8

Radio dibuka. Hot.fm menjadi pilihan. Alunan lagu mula memenuhi ruang rumah. Dhira mengatur langkah ke sinki. Lengan baju disinsing hingga ke siku dan gadis itu mula melakukan tugasnya di dapur. Ayam yang baru dibeli dari pasar dicuci bersih.

Selesai membasuh ayam dan mencuci tangan dengan sabun, gadis itu mendapatkan iPad yang terletak elok di meja bar. Resepi yang dicari semalam dibelek semula. Zaman sekarang semuanya mudah. Belajar masak melalui internet je. Macam-macam resepi ada.

Malam semalam, kalut Dhira mencari resepi selepas diberitahu Fei Fei sekeluarga akan melawatnya. Puas dia fikir nak masak apa. Semestinya dia akan pilih masakan yang paling senang nak masak. Dia tu bukan mahir dalam bidang masakan ni. Setakat lepas tekak sendiri je. Lama menelek pelbagai jenis resepi, gadis itu akhirnya memutuskan untuk menyediakan Nasi Ayam untuk tetamu istimewanya dari Singapura. Resepi yang paling mudah!

Wajah gadis itu tampak ceria. Teruja barangkali. Sesekali gadis itu menyanyi riang apabila lagu kegemarannya diputarkan oleh deejay radio. Jam dinding sentiasa dikerling. Takut dia terlalu leka di dapur sehingga tidak sedar waktu berlalu.

Dhira tersenyum manis setelah masakannya siap dihidang di meja makan. Gadis itu menghela nafas lega. “Akhirnya… siap juga Nasi Ayam aku. Harap-harap dia orang suka.”

Dapur yang berkecah dibersihkan. Dilap sehingga berkilat. Peralatan memasak yang sudah kotor dibasuh. Kemudian, dia menghilangkan diri ke dalam bilik. Ingin mewangikan dirinya.

Loceng rumah berbunyi sewaktu Dhira sedang mengemaskan selendang yang sudah terlilit di kepala. Mata gadis itu membulat teruja. Tersimpul senyuman di bibir. “Dah sampai!”

Tanpa membuang masa, Dhira terus mengorak langkah ke pintu rumah. “Welcome home!!” Jerit Dhira dengan wajah terujanya. Gembira betul gadis itu setelah melihat wajah Auntie Lin, Fei Fei dan juga Ken di depan rumah. Auntie Lin terus dipeluk. Erat. “I miss you, mummy!”

“I miss you too.” Auntie Lin membalas pelukan Dhira.

Dhira berbalas senyuman dengan Fei Fei dan juga Ken. “Jemputlah masuk tuan rumah,” seloroh Dhira. Pintu rumah dibuka seluas-luasnya, mempersilakan tetamunya masuk ke dalam rumah.
“I nak masuk toilet. Dah tak tahan,” ucap Ken sebelum berlari ke bilik air.

Dhira hanya tergelak kecil. Baru sahaja dia ingin mengekori langkah Auntie Lin yang sudah masuk ke dalam rumah, lengannya sudah ditarik ke belakang oleh Fei Fei. Gadis itu mendekatkan bibirnya ke telinga Dhira.

“Mana rumah ex-husband you?” tanya Fei Fei ingin tahu dalam nada berbisik.

Dhira menjegilkan matanya. Tidak sangka Fei Fei akan mengajukan soalan sebegitu kepadanya. “Manalah I tahu.”

“Takkanlah you tak tahu,” balas Fei Fei tidak percaya.

“Betullah. Buat apa I nak tipu you. Jomlah masuk.”

Cepat-cepat Dhira mengorak langkah ke dalam rumah. Tidak mahu Fei Fei bertanya lebih lanjut tentang Zafran.

Fei Fei senyum penuh makna. “Dhira, you dah nampak kuruslah,” komen Fei Fei sambil melangkah masuk, mengekori Dhira dari belakang. “You tak cukup makan eh?”

Dhira terus pandang dirinya di cermin besar di ruang tamu. Tubuh badannya diperhati. “Hesy, mana ada. Sama je macam dulu.” Dhira menoleh ke arah Auntie Lin yang sudah pun merehatkan dirinya di sofa panjang. “Kan mummy?”

Auntie Lin mula memerhatikan Dhira. “Dah kurus sikitlah Dhira. Kerja kuat sangat ke?” soal Auntie Lin, ambil berat.

“Dah tak ada siapa nak masakkan untuk dia lah, mummy,” kata Ken yang baru keluar dari bilik air. “Dulu, kalau dia lapar, I yang masak untuk dia. Tengah-tengah malam pun I masakkan untuk dia. Kononnya lapar lepas balik kerja. I ni kan chef peribadi tak bergaji dia,” perli Ken dengan nada bergurau.

Dhira tertawa kecil. “Yelah… you kan pandai masak. Rajin pula tu. I oder jelah,” balas Dhira bersahaja sambil berjalan ke arah dapur. Air Sunquick yang sudah dibancuh sebentar tadi dituangkan ke dalam gelas sebelum dibawa ke ruang tamu.

“Jemput minum semua,” pelawa Dhira seraya menghempaskan punggung di sebelah Fei Fei.
“Kerja macam mana Dhira? Okay?” Auntie Lin mula menyoal.

Dhira menghalakan pandangannya ke arah Auntie Lin. “Okay. Cuma lebih sibuk daripada dulu. Banyak projek commercial. Dhira tolong sikit-sikit je,” terang Dhira.

“Dhira handle projek resident sekarang ni mummy,” beritahu Fei Fei.

“Baguslah kalau macam tu. Dhira pun dah ada degree dalam bidang ni. Cuma…. Jangan fikir kerja sahaja. Sampai tak ada masa nak cari boyfriend. Dah ada boyfriend tak ni?”

“Alah mummy… bosanlah cakap pasal boyfriend. Dhira kan dah ada Ken.”

Dhira dan Ken berbalas senyuman. “That’s right, my girlfriend,” ucap Ken dengan nada nakalnya. Sempat dia kenyit mata ke arah Dhira.

“Baguslah tu. Bila mummy tanya Ken, dia kata dia dah ada Dhira,” keluh Auntie Lin bersama gelengan di kepala. “Fei Fei dah nak bertunang dah. Tak lama lepas tu, kahwin. Dhira bila lagi? Kalau tak, auntie kahwinkan aje dengan Ken. Auntie tak kisah kalau Ken pun masuk Islam.”

Fei Fei sudah tergelak-gelak dengan bicara ibunya. Dhira dan Ken pula menggeleng serentak. Masing-masing tidak setuju dengan cadangan Auntie Lin. Itu cadangan tidak masuk akal. “Tak apalah mummy. Nanti Dhira cari boyfriend ya. Jangan mummy terkejut pula kalau Dhira kahwin dulu daripada Fei Fei,” seloroh Dhira.

“Eh, janganlah kahwin awal daripada I. Kita kahwin sama-samalah. Baru syok. Share pelamin. You kan, my other half.” Fei Fei ikut berseloroh. Pecah tawa masing-masing. Riuh ruang tamu dengan tawa mereka.

“Ni, dah makan ke belum?” soal Dhira setelah puas melepaskan gelak. “Mesti belum kan…. Marilah makan. Dhira dah masak,” pelawa Dhira.

“You masak??” tanya Ken tidak percaya. “Seriously?”

“Dapur I selamat kan? Tak terbakar?” usik Fei Fei.

Dhira tarik muka masam. “Melampaulah you ni Fei. Tengoklah dapur you tu. Mana ada terbakar. Berkilat adalah.”

Fei Fei tergelak. “Gurau jelah.”

Dhira bangkit dari duduknya lalu mengatur langkah ke arah meja makan. Tudung saji dibuka. “Tada... Nasi Ayam Miss Dhira.”

“Sedap ke?” soal Ken yang sudah berdiri di tepi meja makan. Mata lelaki itu memerhatikan makanan yang sudah siap terhidang di meja makan.

“Mungkin tak sesedap masakan you tapi at least I ni ada usaha untuk sediakan lunch buat tetamu istimewa I tau.”

Auntie Lin ukir senyum. “Tak sabar mummy nak rasa air tangan Dhira. Dah lama tak rasa air tangan Dhira ni.”

“Kalau tak sedap, kita makan kat luar jelah mummy.” Fei Fei mengusik lagi.

Dhira jeling geram ke arah Fei Fei. “Sedaplah. Belum rasa, dah kata tak sedap.”

“Sudah-sudahlah tu. Makan cepat. Penat Dhira masak untuk kita. Lepas ni nak ke PD pula,” kata Auntie Lin.

Terus Fei Fei dan Ken ambil tempat di meja makan setelah ibu mereka bersuara. Dhira masih lagi berdiri di hujung meja. “Kita nak pergi PD ke?” tanya Dhira sambil menghulurkan pinggan yang sudah berisi nasi kepada tetamunya.

“Oh, I lupa nak inform you semalam. Mummy nak beristirehat di pantai. I dah booked hotel. Lepas makan, you bolehlah pack baju,” tutur Fei Fei.

“Lah… Kalau nak ke PD, Dhira boleh je naik bas ke sana. Kita jumpa kat sana. Tak payahlah Ken drive sampai ke sini.”

“I rela ambil girlfriend I daripada biarkan dia naik bas seorang diri,” ucap Ken.

Dhira tersentuh dengan bicara Ken. Matanya dihalakan ke arah lelaki itu bersama senyuman yang sangat manis. “So sweet.”

“Dhira, jomlah makan sekali…,” ajak Auntie Lin apabila Dhira masih lagi berdiri.

“Eh, mestilah Dhira nak makan sekali. Dhira dah lapar ni,” kata Dhira seraya melabuhkan duduk di sebelah Auntie Lin. “Dah lama kita tak makan sama-sama macam ni.”

Dhira menumpukan perhatiannya ke arah Ken apabila melihat lelaki itu sedang merasai masakannya. Komen daripada lelaki itu dinantikan.

“Hmm….” Ken meleretkan bicaranya. Sesuap nasi masuk lagi ke dalam mulutnya. “Nak kata sedap, tak sangat. Nak kata tak sedap, tak jugak. Not badlah.”

“Okaylah ni. You nak macam mana lagi Ken? Jangan nak samakan Dhira dengan you. Kira okaylah ni untuk orang yang jarang masuk dapur,” kata Auntie Lin, menyebelahi Dhira.

Senyuman manis terukir di bibir Dhira. Gembira mendengar bicara Auntie Lin yang memihak kepadanya. Dengan lafaz basmalah, Dhira mula mengisi perutnya. Mereka menjamu selera sambil berbual tentang perkembangan diri masing-masing. Gurau senda dan usik mengusik memeriahkan lagi suasana. Auntie Lin layan sahaja karenah anak-anaknya. Sudah biasa.


Terpegun Dhira sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam water villa Avillion Resort. Matanya meliar memandang segenap ruang di dalam villa itu. “Wah… cantiknya! Siapa yang sponsor ni?” tanya Dhira sambil memandang Auntie Lin. “Mummy sponsor ya?”

Auntie Lin menggelengkan kepalanya. “Anak mummy la yang sponsor.”

“Anak mummy yang mana satu?”

“Of course my ge (abang),” balas Fei Fei bagi pihak Auntie Lin.

Dhira menghalakan pandangannya ke arah Ken yang sedang membawa masuk beg pakaian mereka. “Thank you Ken.”

“Welcome dear. Pergi siap cepat. I dah tak sabar nak mandi pantai.”

“Alah… kejaplah. I dengan Fei Fei nak solat dulu. Bilik kita yang mana satu Fei?”

Fei Fei menuding jarinya ke arah salah satu bilik yang ada di situ. Dhira terus mencapai beg pakaiannya dan menuju ke bilik yang ditunjukkan oleh Fei Fei. Tanpa membuang masa, mereka berdua menunaikan solat secara berjemaah.

“Girlfriend, I ada bawakan topi untuk you,” beritahu Fei Fei seraya meletakkan topi pantai di kepala Dhira sewaktu mereka sedang bersiap-siap. Kemudian, dia memperkemaskan kedudukan topi itu. “Perfect!”

Dhira menoleh ke arah cermin. Wajahnya ditelek. “Thanks…”

Kemudian, mereka berdua melangkah keluar. Mummy dan Ken ketika itu sedang mengambil angin di balkoni yang menghadap laut.

“Fei Fei, sini kejap,” panggil Ken sebaik sahaja matanya menangkap kelibat Fei Fei.

Tanpa banyak soal, Fei Fei mendekati abangnya. Ken berdiri tegak di hadapan Fei Fei. Wajah adiknya diperhati dan kemudian, lelaki itu menggeleng perlahan. “Ni mesti tak pakai sunblock kan,” komen Ken. Lelaki itu terus menyapukan sunblock ke wajah Fei Fei.

“Thanks ge,” ucap Fei Fei. Membiarkan sahaja wajahnya ditenyeh Ken.

“You nak I pakaikan juga ke Dhira?” tanya Ken bersama kening yang dijungkitkan.

“Hisy, tak apalah. I boleh pakai sendiri.”

Ken menghulurkan sunblock kepada Dhira bersama senyuman nakal. Kemudian, lelaki itu mengangkat bakul piknik yang berisi makanan. “Let’s go.”

Fei Fei berjalan bersama mummynya sementara Dhira berjalan seiring dengan Ken. Gadis itu membantu Ken membawa kain alas piknik.

“Thanks Ken for this trip,” ucap Dhira sewaktu mereka sedang menuju ke pantai.

“Tadi you dah cakap kan…,” balas Ken. Datar.

“I nak cakap lagi. Sebab I suka trip macam ni. Dah lama kita tak spend time together kan?” Gadis itu menjeling ke arah Ken.

Ken menganggukkan kepalanya.  “Mummy yang cakap nak holiday dengan anak-anak dia. So, I plan lah.”

“Thanks sebab include I dalam plan you.”

“Eh, mestilah I include you. You kan anak mummy juga. Mummy dah anggap you macam anak dia lah. Lagipun, mummy rindukan you tau. You tu busy sangat sampai tak sempat nak balik sana.”

Dhira tergelak kecil. “Nanti I baliklah sana. You sponsor tiket flight I.”

“Careful.”

Mati terus langkah Dhira apabila Ken tiba-tiba berdiri di hadapannya. Dhira cuba memahami situasi. Terukir senyuman di bibir. Rupa-rupanya lelaki itu melindungi dirinya daripada lontaran bola pantai yang tersasar.

“Bro… sorry,” ucap satu suara yang sedang mara ke arah mereka.

Ken berpaling. Memandang tuan punya suara. Bola pantai yang sudah jatuh ke pasir diambil dan diserahkan kepada lelaki yang sedang mendekatinya. “It’s okay.”

Dhira turut menoleh dan pandangannya terus terlekat pada seraut wajah. Gadis itu terkesima. Begitu juga lelaki di hadapannya. Buat seketika, mereka saling berpandangan. Namun, lelaki itu cepat-cepat membuang pandang. Tanpa menghiraukan Dhira, dia mengambil bola dari tangan Ken.
“Terima kasih.” Dan lelaki itu terus berlalu dari situ.

Ken kembali memandang Dhira. “You okay kan?”

Dhira masih lagi memandang lelaki tadi. Bibirnya bergerak-gerak seolah-olah ingin mengucapkan sesuatu. “Ken… sekejap ya,” beritahu Dhira dengan nada suara yang bergetar. Gadis itu terus berlari ke arah lelaki tadi.

“Abang long…,” jerit Dhira sambil berlari.

Jeritannya tidak dihiraukan. Lelaki itu masih lagi melangkah. Malah, langkahnya lebih laju daripada tadi.

“Abang long…,” jerit Dhira lagi. Lariannya dipercepatkan.

Langkah Haris terhenti apabila Dhira sudah berada di hadapannya. Lelaki itu memandang tajam ke arah Dhira. “Aku bukan abang kau. Aku tak ada adik perempuan,” ucap Haris tegas sebelum meninggalkan Dhira.

Dhira tergamam. Kata-kata Haris menguris hatinya. Pedih! Lelaki itu tidak pernah berkau-aku dengannya. Dhira kembali memandang Haris yang sudah jauh meninggalkannya. Abang long bercuti dengan keluarga dia rupanya, detik hati Dhira apabila ternampak anak Haris yang dia temui sewaktu kenduri kahwin Faizal. Adakah aku sudah merosakkan percutian abang long? Sebak hati Dhira apabila melihat ketegangan di wajah Haris.

“You kenal ke lelaki tadi Dhira?” tanya Ken yang sudah berada di sisinya.

Suara Ken menyedarkan Dhira dari khayalan. Entah bila Ken menghampirinya. Dia tidak perasan. Dhira segera mengawal perasaan sedihnya. Wajahnya diceriakan. Tidak mahu merosakkan percutian mereka. Dhira menghalakan pandangannya ke arah Ken bersama senyuman nipis di bibir. “Tak… I salah orang.”

“Oh… kalau macam tu, jomlah… Mummy dah tunggu kat sana.”

Dhira mengangguk perlahan lalu mengekori Ken. Mereka kembali berbual mesra seperti tiada apa yang berlaku tadi. Peristiwa tadi cuba dilupakan. Tidak mahu terbawa-bawa dengan perasaan yang negatif.

“Mummy tak nak mandi ke?” tanya Dhira sambil membentangkan kain alas yang dibawanya.

Auntie Lin menggelengkan kepala. “Mummy nak ambil angin je kat sini. Dhira pergilah ikut Ken dengan Fei Fei mandi. Nanti dah lapar, baru naik. Mummy buatkan sandwich.”

“Kalau macam tu, Dhira temankan mummy kat sinilah. Tolong mummy buat sandwich,” putus Dhira. Tidak mahu Auntie Lin keseorangan.

“Hisy, budak ni… mummy dah besarlah. Tak payah temankan. Ha, tengok tu… Fei Fei dah panggil Dhira. Pergilah…”

Dhira kecilkan matanya. “Betul ni? Tak kisah kena tinggal seorang kat sini?”

AuntieLin mengangguk pasti. Dhira ukir senyum sebelum berlari mendapatkan Ken dan Fei Fei.

“Babe, mandi tak ajak I. Tiba-tiba je you dengan Ken dah terjun,” leter Dhira sambil bercekak pinggang.

Ken dan Fei Fei melepaskan tawa. “Kami excited kalau nampak air ni. Tu yang terus terjun.”

“Sejuknya…,” komen Dhira yang sedang mendekati Ken dan Fei Fei.

Fei Fei terus memercikan air laut ke arah Dhira dan bermulanya sesi percikan antara mereka berdua. Ken hanya mampu menggelengkan kepala melihat gelagat kedua-dua adiknya. Seorang dah nak kahwin, seorang masih single tapi umur dah nak cecah 30-an… tapi dua-dua masih berperangai macam budak-budak.


Fei Fei melangkah keluar dari bilik air bersama tuala kecil di leher. Matanya melirik ke arah Dhira yang sedang berbaring sambil merenung siling. Wajahnya yang basah dikeringkan dengan tuala. Kemudian, dia mula menyapukan krim malam ke wajah.

“You menungkan apa tu Dhira?” tanya Fei Fei setelah selesai melakukan rutin malamnya. Gadis itu berbaring di sebelah Dhira. Wajahnya dihalakan ke arah gadis itu.

Dhira diam. Masih merenung siling.

“You teringatkan lelaki tadi ke? Ex-husband you?” Fei Fei sempat menyaksikan kejadian petang tadi.

Dhira masih lagi mendiamkan diri. Lama kemudian, dia menggelengkan kepalanya. “Abang I,” beritahu Dhira dengan nada perlahan.

Mata Fei Fei membulat. Tubuhnya didekatkan pada Dhira. “You cakap apa dengan abang you?”

“I tak cakap apa-apa. I cuma panggil dia.” Dhira menoleh ke arah Fei Fei. Wajahnya kelihatan sedih. “Kan I dah cakap… dia orang masih tak boleh terima I.”

Fei Fei mengusap lengan Dhira perlahan. “Bagi dia orang masa lagi.”

“Enam tahun tak cukup ke Fei?”

Giliran Fei Fei pula terdiam.

Dhira menghela nafas berat. “Malaslah I nak fikir pasal famili I. Biar jelah. Sampai bila-bila pun dia orang tak akan maafkan I.”

“Bekas suami you macam mana? Dia boleh terima you?”

“Entah,” balas Dhira bersama jungkitan di bahu.

“Habis tu, selama ni you berurusan dengan dia… okay tak? Atau dia layan you dengan kasar?”

Nafas Dhira dihela perlahan. “Tak. Dia layan I macam biasa. Macam tak ada apa-apa pernah berlaku antara kami. Dia tak ada ungkit pun cerita lama. Kami cakap pasal kerja je. Tak ada sentuh hal peribadi pun.”

Fei Fei mengangguk faham. Dia membetulkan posisinya. “You ada gambar dia tak? Teruja pula nak tahu muka bekas suami you.”

“Hisy, nak buat apa? Mana I ada gambar dia.”

Hampa. “Hmm… you kata dia ada firm sendiri kan? Apa nama firm dia?” tanya Fei Fei seraya mencapai telefon pintarnya di meja sisi katil.

“Zafran & Partners.”

Sepi. Fei Fei tidak beri sebarang respon. Dhira cuba melelapkan matanya. Gebar ditarik menutup tubuhnya.

“Handsome,” komen Fei Fei memecahkan kesunyian.

Dhira membuka matanya semula. Fei Fei menoleh ke arah Dhira bersama senyuman. Telefon pintarnya ditunjukkan ke arah Dhira. Terpapar wajah Zafran di skrin telefon pintar gadis itu.

“Handsome juga ex-husband you,” ulang Fei Fei.

Dhira mengeleng-gelengkan kepalanya perlahan. “Tidurlah Fei. Gigih pula you google pasal dia.”

“I google pasal abang you juga,” beritahu Fei Fei.

“Tidur, tidur… you tak bangun esok, siaplah.”

Fei Fei mencebik. “Kita tengok siapa yang susah bangun. Good night!”


***********   TEASER BAB 9     ************ 


“Well, I guess lepas ni kita dah tak apa-apa urusan bersama. Any problems with the project, you boleh berhubung terus dengan Asyraf. Thanks for your patience.”
Dhira sedikit tersentak. Patience? Apa maksud Zafran? Gadis itu membersihkan tekaknya. “Hmm, I don’t think so. I still kena pulangkan kunci pada Encik Zafran selepas semuanya selesai.”
“Oh… don’t bother about that. You boleh suruh sesiapa hantar kunci tu pada receptionist I,” balas Zafran bersahaja.
Wajah Dhira sedikit berubah. Cepat-cepat ditundukkan wajahnya itu. Tidak mahu disedari oleh Zafran. Entah kenapa ada rasa kecewa apabila Zafran seperti tidak mahu bertemu dengannya lagi. Dhira cuba mengawal perasaannya. Matanya dihalakan semula ke arah Zafran. “Okay then. Thanks for your patience too,” balas Dhira bersama senyuman yang penuh kepura-puraan.


NOTE: Since tajuk novel 1P9L, perlukah saya post sampai bab 9 sahaja? Hehe :)
             Btw, to all commentors, thank you so much. Saya hargai komen anda semua.  




3 comments:

sYaH said...

Alaaaa... jgnla stop post.. stop pas buku dikeluarkan...hehe ... hari2 xsabar nk tunggu zura upload new chapter...

Hihi Flowr Death said...

best..tq..

Umie Yana said...

alaaa.. jangan lah stop lagi.. nak baca lagii