Sunday, April 10, 2016

1 Pengakuan 9 Luahan - Bab 6

Bab 6

Semalaman Dhira berjaga demi menyiapkan pelan rekaan rumah untuk ditunjukkan kepada Zafran. Dengan bantuan Ken, gadis itu dapat menghasilkan pelan tersebut dan dia sangat berpuas hati dengan hasilnya meskipun dia terpaksa mengorbankan waktu tidur. Dengan penuh keyakinan gadis itu pergi ke ofis Zafran. Segala perasaan negatif cuba dibuang jauh-jauh. Sejarah mereka cuba dilupakan. Semuanya tentang kerja.

Namun, hampa hatinya apabila penyambut tetamu di ofis Zafran memberitahunya lelaki itu tiada di ofis dan menunda janji temu mereka ke belah petang. Pukul 6.30. Hampa! Kecewa!  Kenapa lelaki itu tidak memberitahunya? Bukan susah pun. Mesej sahaja. Geram Dhira dibuatnya. Mahu tak geram. Bersungguh-sungguh dia siapkan pelan rekaannya. Pun begitu, rasa hampa, kecewa dan juga geram hanya dipendam dalam hati. Takkanlah dia nak marah klien pula. Kalau Joyce tahu, masaklah dia. Lain pula yang jadi nanti.

Tepat jam 6.30 petang, sekali lagi Dhira tercegat di depan pintu kaca pejabat Zafran yang terletak di tingkat lima. Lelaki yang pernah dia hina dulu sudah ada firma sendiri. Zafran & Partners. Terselit rasa malu dengan perbuatannya enam tahun lepas. Lelaki itu sudah berjaya sedangkan dia? Masih lagi merangkak, menghadapi liku-liku hidup yang semakin penuh dengan cabaran. Dhira tersenyum sinis dalam hati, mengejek dirinya sendiri.

Telefon pintar dikeluarkan dan dia mula menghubungi Zafran sementelah dia melihat firma lelaki itu sunyi dan sepi. Tiada siapa di meja penyambut tetamu.

“Dah sampai?” tanya Zafran sebaik sahaja menjawab panggilan. Tiada kata-kata aluan. Tiada ‘hello’, tiada ‘hai’, dan juga tiada ‘Assalamualaikum’.

Gugup Dhira mendengar suara lelaki itu. Liur ditelan. “Hmm…” Hanya itu yang mampu dia balas.

“Tunggu kejap.” Dan talian terus mati.

Dhira menyimpan semula telefon pintarnya di dalam beg. Fail di tangan dikemaskan. Nafas ditarik dalam lalu dihela perlahan-lahan. Senyuman diukirkan sebaik sahaja ternampak Zafran yang sedang menghampiri pintu masuk. Lelaki itu menekan satu butang sebelum membukakan pintu untuk Dhira.

“You duduk situ dulu. I nak siapkan kerja sekejap,” arah Zafran tanpa sebarang riak.

Dhira hanya menganggukkan kepalanya. Akur. Dia melangkah ke ruang menunggu di sudut tepi berhampiran dengan pintu masuk. Punggungnya dilabuhkan. Zafran sudah pun menghilangkan diri ke dalam sebuah bilik. Lelaki itu kelihatan sibuk.

Tubuh Dhira disandarkan ke belakang. Dia mula memerhatikan ofis Zafran. Kosong. Tiada siapa. Barangkali semua sudah pulang. Siapa yang ingin kerja sehingga ke waktu sebegini?

Masa terus berlalu. Saat berganti saat dan minit berganti minit. Zafran masih di biliknya. Bosan menunggu, Dhira mula bermain dengan telefon pintarnya. Laju sahaja tangannya menekan ‘Zafran & Partners’ di applikasi Google. Laman web firma Zafran terus ditekan. Sengaja dia ingin tahu tentang firma itu. Dhira mula membaca maklumat yang terpapar di laman utama laman web tersebut. Firma itu sudah ditubuhkan lebih daripada dua tahun dan servis yang ditawarkan lebih kepada servis korporat.

Mata Dhira terpaku pada satu gambar sebaik sahaja dia menekan tab ‘Partners’. Di bawah gambar itu, tercatat satu nama. Ahmad Haris bin Idris. Degupan jantung Dhira seakan berhenti. “Abang long,” tutur Dhira perlahan.

“Sorry buat you tunggu lama. I got something urgent to do.”

Terperanjat Dhira apabila mendengar suara Zafran dicelah kesunyian. Tercampak telefon pintar di tangannya. Zafran menyembunyikan senyumannya. Telefon pintar yang sudah mencium lantai dicapai. Sempat matanya menangkap paparan di skrin telefon.

“Sorry. I tak ada niat nak buat you terkejut,” tutur Zafran sambil menghulurkan telefon pintar kepada Dhira.

Dhira mengambil telefon pintarnya daripada Zafran dan kemudian menyimpan telefon pintar ke dalam beg. Gadis itu cuba mengawal perasaannya. “It’s okay. Hmm, boleh kita mula?”

Zafran masih berdiri sambil memandang Dhira. “I lapar. Tak makan lagi dari pagi. Do you mind if kita makan dulu, baru discuss?” tanya Zafran. Nada suaranya kedengaran lembut. “Kalau you nak solat, you boleh solat dekat bilik hujung tu. Telekung pun ada kat situ,” tambah Zafran sementelah sudah masuk waktu Maghrib.

Liur ditelan. Makan dengan Zafran? Berdua?

“You tak boleh solat ke?” soal Zafran apabila gadis itu masih tidak bergerak.

Perlahan-lahan Dhira menggelengkan kepalanya.

“Kalau macam tu, jomlah kita gerak.”

“You dah solat?”

Soalan Dhira hanya dijawab dengan anggukkan kecil.


Sepi sahaja suasana di meja makan. Hanya bunyi sudu dan garfu sahaja kedengaran. Masing-masing diam tidak berkutik. Sedari tadi, Dhira hanya menundukkan pandangan. Tidak berani memandang Zafran yang dirasakan begitu hampir dengannya. Entah kenapa, dia kurang selesa makan berdua. Bertentangan pula tu. Mereka tidak pernah makan berdua. Kebiasaannya, mereka ditemani Haris ataupun keluarga Dhira. Bila makan berdua, rasa janggal pula. Lebih-lebih lagi setelah apa yang berlaku antara mereka sebelum ini.

“I tahu you tak nak jumpa I lagi,” ucap Zafran memecahkan tembok kesunyian, tanpa memandang Dhira. “Dan I tahu kalau boleh you tak nak berurusan dengan I.”

Bibir Dhira diketap perlahan. Pandangannya masih ditundukkan ke bawah.

“I minta tukar designer dengan Joyce tapi dia kata designer lain dah ada projek masing-masing,” beritahu Zafran cukup bersahaja. Lelaki itu tidak nampak kekok malah kelihatan berselera menjamu makanan yang dipesannya.

Bicara Zafran membuatkan Dhira terkesima. Liur ditelan. Zafran nak tukar designer? Joyce tidak memberitahunya pula tentang hal ini. 

“So, bersabarlah sikit. Lepas projek ni, kita dah tak ada apa-apa ikatan. Makanlah,” kata Zafran. Sedari tadi, dia perhati Dhira hanya bermain-main dengan makanannya. Dia tahu gadis itu tidak selesa dengannya. “Lepas makan, you tunjuk dekat I pelan rekaan you.” Lembut sahaja tutur bicara lelaki itu. Tidak dingin seperti sebelum ini.

Dhira hanya menganggukkan kepalanya. Keadaan kembali sepi. Usai menjamu selera, mereka mula berbincang. Pelan rekaan ditunjukkan kepada Zafran sambil menerangkan konsep yang digunakan. Zafran mendengar dengan baik setiap penjelasan yang diberikan. Lagak mereka seperti orang profesional.

“Not bad. I like the idea. Tapi… I rasa I tak layak nak bagi approval. Kena tanya pendapat Asyraf juga,” beritahu Zafran.

“Asyraf?” tanya Dhira bersama kerutan di dahi.

Zafran mengangguk-anggukkan kepalanya. Perlahan. “Yeah, Asyraf. Abang ipar I. Owner rumah tu.”

Dhira terkesima. “Tu bukan rumah Encik Zafran?”

Geleng. “Tu rumah abang ipar I. Joyce tak beritahu you ke?”

“Oh…” Dhira tergelak kecil. Mula faham situasi yang sebenar. “So, kawan Joyce tu abang ipar Encik Zafran? Bukan Encik Zafran?”

“Yeah… I tak kenal pun Joyce. Kami berhubung melalui phone je.”

“Joyce beritahu I yang kawan dia nak surprisekan wife dia. So, maksudnya, abang ipar Encik Zafran nak surprisekan kakak Encik Zafranlah, kan?”

Tersimpul senyuman di bibir Zafran. “I belum kahwin Dhira.”

Gulp! Nada suara Zafran kedengaran lain macam. Dhira terus melarikan pandangan. “Sorry. Selama ni, I ingatkan klien I Encik Zafran. Kenapa Encik Asyraf tak berurusan dengan kami terus?”

“Dia dengan kakak I masih di Dubai. Abang ipar I kerja kat sana tapi akan balik sini semula dalam masa terdekat ni. Itu yang dia nak suprisekan kakak I.”

“Untung Kak Lila... Dapat husband yang romantik,” komen Dhira tanpa berfikir komennya itu bakal menjerut diri sendiri.

“So, you rasa I romantik?”

Dhira tergamam. Dia pandang Zafran dengan wajah terpinga-pinga. Tak faham. Bila masa aku cakap dia romantik?

“Since you ingat I nak surprisekan wife I, mestilah you ingat I ni romantik kan?” Zafran menjelaskan pertanyaannya. Wajah lelaki itu tampak bersahaja. Seolah-olah soalan yang diajukan itu satu soalan yang biasa. Padahal soalan lelaki itu umpama soalan maut bagi Dhira.

Wajah Dhira mula kemerahan. Malu. Baru timbul rasa kesal dengan komennya sebentar tadi. Rasa nak tampar je mulut sendiri.

Zafran tidak dapat menahan dirinya daripada mengukirkan senyuman. Cepat-cepat dia kalihkan wajahnya. Tidak mahu Dhira nampak senyumannya. Seketika kemudian, Zafran berdeham. “I akan bincang design you ni dengan abang ipar I. Nanti apa-apa hal, I akan call you,” beritahu Zafran, kembali ke perbincangan mereka.

Dhira mengangguk faham. “Kalau dah tak ada apa-apa, I gerak dulu, Encik Zafran. Thanks belanja I dinner,” ucap Dhira sambil mengemaskan kertas kerjanya di atas meja.

“I hantar you balik,” kata Zafran atas dasar tanggungjawab memandangkan hari sudah malam. Ayat penyata diberikan. Sedikit pun tidak meminta pendapat Dhira.

Pergerakan tangan Dhira terhenti. Spontan, matanya dikalihkan ke arah Zafran. Kepalanya digeleng perlahan. Menolak ajakan lelaki itu. “Tak apa. I boleh balik sendiri,” kata Dhira bersama senyuman nipis.

“You nak balik dengan apa?”

“Cab.”

Zafran mengangguk-angguk kecil. “Okay. Take care then,” balas Zafran bersahaja. Menghormati pilihan Dhira. Tidak mahu memaksa gadis itu. Zafran bangkit dari duduknya dan menuju ke kaunter. Ingin membuat bayaran.

Pandangan mata Dhira mengekori langkah lelaki itu. Sangkanya, lelaki itu akan berkeras untuk menghantarnya tetapi dengan mudah lelaki itu menerima penolakkannya. Dhira kembali mengemas barang-barang di atas meja. Padan muka kau, Dhira. Nak jual mahal konon! Tak ada maknanya dia nak layan kau. Tadi pun dia ajak-ajak ayam je tu. Ejek gadis itu pada dirinya sendiri.

Sewaktu dia keluar dari restoran, bayang Zafran sudah tidak kelihatan. Begitu juga dengan kereta lelaki itu. Dhira senyum mengejek pada dirinya sendiri sebelum mula mengorak langkah ke jalan utama. Oh Dhira… apa yang kau harapkan? Kau ingat dia akan layan kau sama macam dulu? Memang taklah.

Dhira mula keliru dengan dirinya. Apa yang dia inginkan? Kenapa perlu ada rasa kecewa? Bukankah dia tidak mahu ada sebarang kaitan dengan lelaki itu lagi? Nafas dihela berat. Tiba di jalan utama, gadis itu mula menunggu teksi. Matanya mula meliar.

Lama menunggu, fikiran Dhira kembali teringatkan Zafran. Entah kenapa wajah lelaki itu kerap hadir di ruang fikiran. Kali ini, dia terkenangkan kenangannya yang suka mengusik Zafran. Kenangan indah sebelum semuanya bertukar pahit.

Sebuah kereta berhenti di hadapan Dhira lalu menekan hon sementelah gadis itu seperti berkhayal. Dhira tersentak. Mata gadis itu membesar saat melihat Zafran di hadapannya.

“Naik,” arah Zafran tanpa riak dari dalam kereta.

Dhira tidak bergerak walau seinci. Matanya masih memandang Zafran. Barangkali masih terkejut.

“You nak tunggu teksi sampai pukul berapa?” tanya Zafran dengan nada mendatar.

Bibir diketap. Matanya diliarkan, ingin melihat jika ada teksi yang lalu ketika itu. Keluhan kecil terlepas dari bibirnya. Lambat-lambat, dia menghampiri kereta Zafran. Pintu kereta dibuka sebelum dia meloloskan dirinya ke dalam kereta. “Sorry, I susahkan Encik Zafran,” ucap Dhira perlahan tanpa memandang Zafran.

“Seatbelt.”

“Hah?” Gadis itu terpinga-pinga. Tidak dengar apa yang diucapkan oleh Zafran.

Zafran tidak menjawab dengan kata-kata. Sebaliknya, dia mendekatkan tubuhnya dengan Dhira lalu memakaikan tali pinggang keledar untuk gadis itu. Tindakan spontan Zafran membuatkan jantung Dhira seakan berhenti berdegup. Terkebil-kebil matanya memandang Zafran.

“Kat mana?”

Sebaik sahaja Dhira memberikan jawapan, Zafran mula memandu keretanya. Sepi sahaja suasana di dalam kereta ketika itu. Tiada bicara yang keluar dari bibir masing-masing. Radio pun tidak dipasang. Dhira membuang pandang ke luar tingkap.

 “Kenapa?” tanya Zafran cukup perlahan tetapi bisa didengari oleh Dhira.

Dhira menoleh ke sisi. “Kenapa apa?”

Zafran membalas pandangan Dhira seketika. Kemudian, dia kembali menumpukan perhatian pada pemanduannya. Kepala digeleng perlahan. Dhira kembali membuang pandang ke luar. Dalam hati, dia tertanya-tanya apa yang ingin disampaikan oleh Zafran.

Zafran menelan liurnya. Dhira dikerling. Kenapa you happy bila dengan lelaki lain? Kenapa you boleh senyum, boleh gelak bila dengan lelaki lain? Kenapa you tak senyum bila jumpa I? Kenapa you tak gelak bila jumpa I? Satu keluhan kecil terlepas dari bibir Zafran. Adegan mesra Dhira bersama seorang lelaki tengahari semalam kerap menganggu mindanya. Tidak mahu hanyut dengan perasaan, lelaki itu membuka radio.

Dua puluh minit kemudian, kereta Zafran berhenti di hadapan kediaman Dhira. Dhira menanggalkan tali pinggang keledarnya. Sebelum melangkah keluar, dia memandang Zafran. “Thanks… for the ride and the dinner.”

Gadis itu kemudian melangkah perlahan menuju ke lif. Mindanya melayang entah ke mana sehingga dia terlupa untuk menekan punat lif. Dia berdiri di depan lif, menunggu pintu lif terbuka. Sedikit pun tidak sedar yang dirinya belum menekan punat naik.

Apabila sebuah tangan sasa menekan punat naik, barulah Dhira tersedar. Secara spontan, dia menoleh ke sisi. Gadis itu sedikit tersentak. Apa yang mamat ni buat kat sini? Dia nak hantar aku sampai rumah ke?

“Kenapa tak tekan? You tunggu lif ni terbuka sendiri ke?” tanya Zafran bersahaja.

Dhira terdiam. Tak tahu nak jawab apa. Dalam masa yang sama pintu lif terbuka. Lambat-lambat Dhira mengekori Zafran, melangkah masuk ke dalam perut lif. “Err, Encik Zafran buat apa kat sini. I boleh balik sendiri,” ucap Dhira.

“I nak balik rumah I,” balas Zafran tanpa memandang Dhira. Lelaki itu menekan punat enam belas setelah Dhira menekan punat lapan.

“Balik rumah?” Dhira terpegun seketika. “Rumah you pun dekat sini?” tanya Dhira dengan nada terkejut.

Zafran hanya menganggukkan kepalanya.

Dhira hampir terlopong. Oh Tuhan, kenapa terlalu banyak kebetulan?



“Girlfriend!!” Jerit Dhira sebaik sahaja Fei Fei menjawab panggilannya. “I ada hot story nak beritahu you.”

Masuk sahaja rumah, gadis itu terus menghubungi kawan baiknya di Singapura. Tubuh Dhira dihempaskan ke sofa.

“Hot story apa yang sampai you menjerit ni? Takkan pasal abang I jumpa you?”

“Hisy, bukanlah. Sebenarnya, I tak nak cerita kat you pasal hal ni tapi I rasa I tak boleh nak tahan diri I daripada share dengan you. You kan dah macam my other half.”

Fei Fei tergelak halus. “Tahu pun! Berani you nak berahsia dengan I. Cepat cerita,” gesa Fei Fei.

“I jumpa ex-husband I.”

“What?? Bila? Kat mana?” tanya Fei Fei bertalu-talu. Jelas gadis itu terkejut.

“Hari pertama I balik Malaysia. I terserempak dengan dia kat kafe lepas I jumpa Joyce.”

“And baru sekarang you nak beritahu I? Oh my dear… Dah sebulan kut. Kenapa baru sekarang you nak cerita?” Nada suara Fei Fei kedengaran tidak berpuas hati.

“Cerita I tak habis lagi. Minggu lepas, Joyce suruh I pergi rumah klien dan I jumpa Zaf kat sana.”

“Oh no… don’t tell me projek yang Joyce suruh you handle tu, rumah Zaf.”

“Yes. Err, technically no. Tu rumah abang ipar dia. And you know what… dia tinggal dekat tingkat enam belas. Satu bangunan dengan kondo you,” cerita Dhira.

“Kuatnya jodoh,” komen Fei Fei bersahaja.

Dhira gelak sinis. “Banyaklah you punya jodoh. Sebenarnya, dialah orang terakhir yang I nak jumpa bila I balik Malaysia tau tapi…” Dhira tidak meneruskan bicaranya. Biarlah Fei Fei faham sendiri.

“Sebab tu I kata kuatnya jodoh.”

“Fei… I serius ni. I takutlah.”

“Apa yang you nak takutkan?”

Nafas dihela berat. “You tahu kan apa yang I pernah buat kat dia? I malu. Malu nak jumpa dia.”

“Dhira… I rasa dah tiba masanya you betulkan balik kesalahan you. Minta maaf dengan dia. Akui kesilapan you. Jumpa family you and fix hubungan you dengan family you. Dah lama sangat Dhira… dah lama sangat you larikan diri,” nasihat Fei Fei.

“Bila masa pula I larikan diri? I tak larikan dirilah Fei… I dengan Zaf dah tak ada kaitan. Kami dah berpisah. Famili I pulak… dia orang dah buang I. Dia orang dah tak anggap I ni keluarga dia orang.” Dhira menyandarkan tubuh ke belakang sambil terkial-kial membuka selendang yang masih melekat di kepala. “You jangan cakap I tak pernah nak minta maaf dengan famili I, tak pernah nak pulihkan hubungan kami ya. I pernah! Tapi apa yang I dapat? Kena maki adalah.”

“Masa tu kan, dia orang masih marah dengan you. Masih panas lagi. Mana tahu sekarang ni dia orang dah cool down. Dah boleh terima you.”

Keluhan berat terlepas dari bibir Dhira. “Entahlah Fei… Buat masa sekarang ni, I belum bersedia. I happy dengan hidup I sekarang.”

“Kalau nak tunggu you bersedia, entah sampai bilalah Dhira… tapi ikut suka you lah. I bagi nasihat je.”

“You mesti ingat I ni anak yang teruk kan?” soal Dhira dengan nada sayu. Bibirnya terjuih ke depan.

“Tak… I faham. Lagipun, I tak ada hak nak judge you sebab I tak lalui apa yang you lalui. Cuma I nak you tahu… no matter what, you tetap my girlfriend.”

Terlakar sebuah senyuman manis di bibir Dhira. “Thank you… Okaylah Fei… I nak mandi. TTYL.”





1 comment:

Azure said...

Thx Zuera.... nice story, looking fwd to read next ep.